Tuesday, February 21, 2006

dia sudah matang

adik aku sudah matang
pemikirannya amat aku kagumi
pandangannya terhadap isu-isu yang sama
namun jauh berbeza kupasannya

adik aku sudah matang
kebolehannya untuk mengawal perasaan
kalahkan aku 10 - 0
walaupun aku yang lebih tua

adik aku sudah matang
ketulusan hatinya tidak ternilai
pabila berhadapan dengan pria idaman
lautan sedalam manapun sanggup dia selami

adik aku sudah matang
dia licik, pintar dan sabar menanti
menanti gilirannya untuk bertindak
dan hapuskan musuhnya ke akhir titisan darah

adik aku sudah matang...

dan apabila aku bandingkan diriku samanya

aku kaget!

mungkinkah selama ini

aku belum matang lagi?

setelah apa yang aku lalui

aku tidak setaraf dengannya!

malah...

aku tercampak jauh ke belakang!!!

apa benar sangkaan aku??

bahawa aku

kakak pada adik matang ku itu

belum lagi matang?

aku takut...

takut dengan kemungkinannya...

aku takut...

takut sekali....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home