a copy of my encounter...
i was starting on a malay book recently called 'cintamu di hati'. strangely, as i read the the intro, it sounded EXACTLY like my encounter with Asraf after we had our last fight. this is it...
*the actual names of the characters are kept intact. so, in this scene,
seri adriani: me... & Zul: Asraf... *
"Seri Adriani..."
Aku menoleh. Tersirap darahku ke muka tatkala merenung wajah di hadapanku. Aku tidak percaya pada dua deriaku; mata yang melihat wajah di depanku dan telinga yang mendengar suara itu. Suara yang pernah suatu ketika dahulu begitu aku rindukan tetapi kini cukup menyakitkan hati mendengarkannya.
"Apa khabar? Selamat Hari Raya." Dia menyapa mesra sambil menghulurkan tangan.
Aku biarkan saja tangan itu tidak disambut. Segala dendam dan sakit hati yang tersimpan sekian lama bertunda-tunda di dada. Aku cuba mengawal perasaan ketika pandangan kami bersatu.
"Boleh kita duduk di sana?" tanyanya setelah sepi seketika. Riak di wajahnya mengharapkan sesuatu.
"Tidak!" jawabku tegas.
Tanpa sepatah kata, aku terus meninggalkannya termangu-mangu. Aku tidak peduli apa perasaannya ketika itu kerana sudah tidak bedaya untuk berhadapan dengannya lagi....
i didn't carry on....
